Sejarah Ray-Ban USA

         Ray-Ban adalah brand kacamata Amerika yang mula dicipta pada tahun 1936 oleh Bausch & Lomb. Idea Ray-Ban bermula beberapa tahun yang lalu apabila Leftenan John A. Macready kembali dari pengembaraan belon dan mengadu bahawa matahari telah merosakkan matanya. Dia menghubungi Bausch & Lomb meminta mereka untuk membuat cermin mata hitam yang dapat memberi perlindungan dan juga kelihatan elegan. Pada 7 Mei 1937, Bausch & Lomb telah mencipta satu patent kacamata yang dikenali sebagai Aviators. Prototaip tersebut adalah kacamata Anti-Silauan yang mempunyai rangka yang sangat ringan seberat 150 gram. Mereka diperbuat daripada logam emas bersalut dengan kanta hijau yang diperbuat daripada kaca mineral untuk menapis sinar inframerah dan ultraungu. Juruterbang  Kor Tentera Udara Amerika Syarikat dengan serta-merta menerima pakai cermin mata hitam tersebut.

      The Aviator Ray-Ban menjadi gaya terkenal cermin mata hitam apabila Jeneral Douglas MacArthur mendarat di pantai di Filipina dalam Perang Dunia II, dan jurugambar mengambil gambar beliau memakainya. Ray-Ban dengan cepat mendapatkan populariti melalui peperangan yang lain dan juga terkenal di dalam filem seperti Top Gun, yang dipakai oleh Tom Cruise, Val Kilmer, and Anthony Edwards. Pada tahun 1952, Ray Ban mencipta satu lagi gaya iaitu Ray Ban Wayfarer. Perbezaannya ialah Wayfarer adalah cermin mata hitam berbingkai plastik. Reka bentuk cermin mata wayfarer ini menjadi sangat popular dikalangan golongan yang berpendapatn sederhana. Cermin mata hitam wayfarer juga dilihat digayakan oleh bintang-bintang filem, bintang TV, dan pemuzik seperti The Blues Brothers dan Michael Jackson. Ray Ban masih menjadi pereka terkemuka dalam industri cermin mata hitam dengan sentiasa berubah warna, bingkai dan kanta.

     Pada tahun 1999, produksi Ray-Ban menjadi semakin merosot dan syarikat Bausch & Lomb telah mengalami beberapa kerugian di atas kemunculan persaingan dalam penghasilan kacamata seperti Oakley Inc yang mempunyai kepakaran mencipta design kacamata yang lebih moden dan sesuai untuk golongan muda. Saham mereka juga telah jatuh $1 kepada $78 US Dollar. Ini menyebabkan mereka terpaksa menjual paten Ray Ban itu sendiri kepada sebuah syarikat kaca mata di Itali iaitu Luxottica dengan nilai $640 million (The New York Times). Namun, Syarikat Bausch & Lomb tidak menjual teknologi dan kepakaran mereka dalam menghasilkan cermin mata hitam kepada syarikat Luxottica tersebut.

    Syarikat Bausch & Lomb ditubuhkan oleh dua orang warga GERMAN iaitu John Jacob Bausch dan Henry Lomb pada tahun 1853 dan merupakan syarikat pengeluar lens yang terkemuka dunia. Mereka telah menghasilkan pelbagai jenis lenses yang berteknologi tinggi sebelum terciptanya Ray Ban seperti "photographic lenses, spectacle lenses, microtomes, camera lenses, binocular telescopes lenses, searchlight mirrors, torpedo tube sights, periscopes, dan contact lenses". Bausch & Lomb juga telah berkerjasama dengan sebuah lagi syarikat lenses terkemuka dunia dari GERMAN iaitu Syarikat Zeiss pada tahun 1892 dalam menghasilkan optical lenses. Ini menunjukkan bahawa lenses keluaran Bausch & Lomb ini berkualiti tinggi dan tiada tandingan dengan lenses daripada syarikat lain. Maklumat penting yang anda juga perlu tahu ialah Syarikat Luxottica ini bukanlah daripada syarikat pembuatan lenses tetapi adalah sebuah syarikat  pereka frame yang terkenal dengan design yang lebih moden. Pada pandangan anda yang manakah lebih utama? Design @ Kualiti? Tepuk dada tanyalah selera. Semua ini adalah fakta dan bukan andaian semata-mata. Oleh itu, kenapa anda perlu pilih Ray Ban USA?? Because they're made by Bausch & Lomb!!! Peliharalah Mata Anda!!! -Nukilan Hakcipta Hairyz E-Store-

Sumber : Wikipedia, The New York Time dan Kajian Individu.

3 comments:

Hendry Tan said...

Terima kasih atas penjelasan Sejarah Ray Ban! http://www.malayaoptical.com/

Aja Botak said...

Terima kasih atas segala penerangan yg selama ini tidak pernah saya tahu..

Hairyz Masalanz said...

Sama2.. untuk rujukan bersama..

BORANG TEMPAHAN / PEMBELIAN RAY BAN USA

NAMA :
E-MAIL :
ALAMAT :
POSKOD :
NO TEL / HP :
JENIS PEMBELIAN :
MODEL / KUANTITI RAY BAN :
CARA PEMBAYARAN : MAYBANK
PUBLIC BANK
BANK ISLAM
BANK RAKYAT
JENIS PEMBAYARAN :
TEMPOH PEMBAYARAN :
Saya bersetuju tempahan / pembelian akan terbatal sekiranya pembayaran tidak dilakukan dalam tempoh 48 jam dari tarikh borang ini dihantar. Manakala bagi jenis Pembelian Booking, bayaran penuh mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari bermula tarikh pembayaran (separuh) tempahan yang dibuat kepada Hairyz E-Store. SETUJU

This online form was provided by Freedback.